PENDEDAHAN KHAS BLACK METAL DI MALAYSIA

(note: if you are using UTP internet connection, then you might missed the crucial part)


Rakaman eksklusif sebuah konsert tertutup Black Metal di dewan masyarakat Kampung Bota Kiri.



(Lyrics were moderated due to sensitivity issues)


GEMPAR! Anak muda sekarang dikatakan sudah terpengaruh dengan budaya Barat dengan penularan gejala Black Metal di kalangan warga kota khasnya golongan muda yang masih bergantung hidup kepada wang pinjaman PTPTN.

Lagu-lagu Black Metal mempunyai unsur-unsur sesat dan mampu merosakkan akidah serta menggalakkan para pendengar supaya menyembah syaitan. Menurut Encik Ganas, vokalis kumpulan Laknatullah yang berasal dari Ulu Chepor, pengaruh Black Metal sebagai sebuah agenda Yahudi sudah lama bertapak di Malaysia dan menebal dalam jiwa remaja. Buktinya boleh dilihat pada tapak kasut beliau yang setebal kira-kira 800 muka surat itu.




“Saya memang suka minum darah kambing. Sedap. Kalau pergi mapley pun saya selalu order air darah kambing O ais. Kalau di kampung mak mertua saya di Temerloh, saya order air darah kambing O beng. Kamu tahu apa itu O beng?” tanya Encik Ganas kepada wartawan yang menemu ramah beliau kelmarin. Wartawan tersebut tersipu-sipu kemaluan, hanya mampu menggelengkan kepala dan menitiskan air mata sebagai tanda kejahilan.




Persembahan live dari kumpulan Laknatullah dengan lagu hits mereka ‘Mari Menyembah Setan’.
AWAS! Mengandungi aksi minum darah kambing.

Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Menteri Pengharaman dan Hal Ehwal PTPTN, Dato’ Kau berkata bahawa langkah segera perlu diambil agar penularan gejala ini dapat dihentikan dengan segera .

“Itu gejala Black Metal adalah haram. Yang bermain muzik adalah haram. Yang mendengarnya adalah haram. Yang mendengar bahawa rakannya ada mendengar lagu Black Metal juga adalah haram. Yang mendengar bahawa rakannya ada rakan yang mendengar rakannya yang mendengar rakan lain ada mendengar lagu Black Metal adalah haram. Yang menyebut perkataan ‘Black Metal’ juga haram. Yang enggan menyebut pula berdosa besar,” tegas Dato’ Kau dalam ucapannya sempena merasmikan disko terbesar di ibu negara semalam.

Tambah beliau lagi, pendengar dan penyanyi lagu Black Metal adalah sesat walafiat, kerana pengaruh tersebut datang dari negara Barat dan memang patut diharamkan di radio. Manakala lagu hip-hop, balada dan rock pula bukan dari Barat. Bukan. Kajian menunjukkan bahawa semua genre muzik selain Metal adalah berasal dari nenek moyang kita sejak turun-temurun.

“Kita harus segera menghalang segala unsur yang datang dari Barat. Black Metal itu dari Barat. Lebih baik kita dengar lagu hip-hop dan perempuan yang pakai seksi-seksi di kaca televisyen daripada mendengar lagu-lagu ganas walaupun liriknya berunsur kerohanian dan nasihat,” tegas beliau lagi yang kini menyedari bahawa televisyen sekarang sudah tidak lagi menggunakan Tiub Sinar Katod berkaca seperti dahulu. Sebaliknya sudah digantikan dengan paparan LCD (Liquid Crystal Diode atau Diod Cecair Kristal) yang tidak mengandungi sebarang unsur kaca. Beliau menyimpulkan bahawa istilah ‘kaca televisyen’ sudah tidak relevan lagi dengan keadaan semasa. Penggunannnya akan digantikan dengan istilah ‘paparan cecair kristal televisyen’ secara berperingkat.



Bukti kesesatan yang diamalkan oleh pengikut Black Metal dalam bentuk wallpaper yang boleh dimuat turun pada komputer riba secara percuma. Seperti yang dapat dilihat dalam paparan cecair kristal televisyen anda.








Seriously, klik kat kat gambar & bole donload wat wallpaper
(resolution : 1280x800)

Laporan Mastika, majalah humor nombor 1, 2, 3 dan 5 di Malaysia.

4 comments:

Unknown said... | February 10, 2011 at 10:28 PM

hahahaha!
sah2 kehidupan di utp bosan smpi xde keje bwat mende2 canni!!
keep it up bro

Neo Zora said... | February 10, 2011 at 10:52 PM

tau xpe. hahaha..
esaimen xde lg. bole la men2

Unknown said... | March 17, 2014 at 11:49 AM

Fuck lah nak sentuh2 pasal metal. !!!

Nakhandazs said... | March 17, 2014 at 12:14 PM

puki mak ni bodoh ke apa? sesuai sgt la dgn nama. bodoh sampai tak faham bahasa sarcasm. ni mst gang2 duta black metal ni.

Powered by Blogger.

Copyright © / Neo Zora

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger